back to school

0
Monday, July 09, 2012
Alhamdulillah percutian aku ke sekolah menengah sains kuala terengganu selama sehari berjaya dgn jayanya. Percutian sehari aku ditemani kawan aku, arif adly dan maffuz.  Tujuan kami bercuti ke sana adalah disebabkan permintaan kawan-kawan iaitu yusuf,,aiman,,hairul dan amsyar untuk kami turut serta selama sehari di sekolah tercinta.

Jumaat mlm sabtu aku dan arif sama-sama setuju untuk bermalam di sekolah.  Malam tu aku, arif dan lain-lain pergi ke Paradise Deluxe Restaurant untuk makan malam yg sepenuhnya ditanggung oleh seorang cikgu. Sepatutnya pada malam tu kami dibelanja oleh seorang cikgu yg lain tp akhirnya plan berubah.  Apa-apa pun terima kasih cikgu.  Kami dh bekerja nanti insyaAllah kami akan membelanja kalian.

~gmbr dicilok dpd fb tea sab
Sesudahnya makan malam kami hanya berada di sester.  Aiman, yusuf, maffuz dan hairul terus tidur manakala aku, amsyar dan arif pergi main ping pong kt dewan.  Seronok gila main sampai pukul 1 pagi.  Lepas main ping pong kitorang conteng-conteng kt whiteboard kt dewan haha.  Masuk bilik kitorang sembang-sembang plak.  Masa tu yusuf dan hairul terbangun dan join sembang sekali pastu kitorang pergi on9 kt cc sampai 4 pagi.  Sekarang tade spe nk marah dh.  Kalau dulu aku pernah kena marah ngn ustz Z sebab cc

Keesokan hari plak aktiviti dimulakan dgn panggilan azan subuh oleh muazzin sester.  Sembahyang subuh dan sambung tidur sampai pukul 10pg hehe.  Selepas tu aku, arif dan aiman nk pergi kt cc tp terserempak dgn ustz Z dan kami disuruh habiskan makanan kt kantin sebab junior-junior form 5 ada program kt dewan.  Alhamdulillah rezeki.  budak-budak lain pergi mkn kt luar sebab x sempat.  Spe suruh turun lmbt sngt.

Petang tu kami hanya baring,,sembang,,beron dan sembahyang.  Selepas asar baru terdetik hati nk keluar daripada sekolah untuk mencari makanan.  Alhamdulillah diucapkan kerana semasa berjalan kebetulan terserempak ngn pok yie driver bas lalu kami ditumpangkan untuk ke bus stand mencari tiket dan terus dinner.  Masa maghrib sempat lagi naik tangki sebab nk bagi amsyar merasa berada di puncak tertinggi di sekolah haha

Malam tu pula sebelum berangkat pulang ke rumah kitorang sempat berjumpa ngn seorang cikgu.  Niat sebenar hanyalah nk menghantar barang tapi rezeki datang pula kerana cikgu itu sedang menyambut bday ngn mentee-mentee dia.  Boleh mkn lagi hehe.  Tepat jam 9 tea yus dtg dan hntr budak-budak jauh ke stesen bas.

Selama sehari nie aku nmpk bnyk perubahan berlaku kt sekolah tak kira aspek.  Hostel memang totally berubah lah.  Lagi satu aku nmpk ramai pelajar sester skang yg baik-baik dan bagus-bagus.  Walaupun cuma sehari stay kt sekolah tp aku rasakan mcm berada selama 2 tahun sebab semua kenangan dapat diimbau kembali.  Semua sembang psl kisah-kisah lama dan yg paling bnyk kena kutuk ialah maffuz.  Terima kaasih semua kerana menjayakan percutian selama sehari aku dan mat delu


I love school
I love friends
I love teachers
I love sesterianz

sekian coretan saya assalamualaikum (^_^)


0 comments: