sekadar peringatan

0
Saturday, October 20, 2012
Assalamualaikum w.b.t...........


Malam yg dingin dek seharian hujan turun membasahi bumi. Kesejukan terasa menusuk ke sum-sum tulang. Badan, kaki, tangan ; semuanya menggeletar ibarat penyakit Parkinson

Kesunyian malam diselang-selikan dgn bunyi-bunyian daripada serangga di luar rumah.

Malam yg ditakrifkan sebagai MALAM YG BERLAINAN. Itulah nama yg sesuai dinamakan kerana malam ini tidak seindah malam malam yg sebelum ini tp bukan bermakna malam ciptaan Allah tidak cantik.

Awalnya macam biasa tp ada sedikit peristiwa menyebabkan perubahan ketara.

*********************************************************************************

Ambil kesempatan? Inilah yg terjadi suatu ketika dahulu menyebabkan kereta yg si A pandu  terlanggar bontot kereta orang di hadapan. Pertolongan di salah ertikan dan mengakibatkan kecelakaan.

Apakah yg ingin saya beritahu? Apakah reaksi anda sekiranya anda menegur kawan anda untuk mengeratkan silaturrahim tp kawan anda tidak sudi untuk melayan anda? Hal ini terjadi kepada seorang teman saya dan dia menceritakan kepada saya. Saya hanya mendengar luahannya.



Kita boleh mengenali seseorang hanya dgn satu malam tp adakah betul jangkaan kita? tidak semestinya

Teman sebenar boleh menyembunyikan masalahnya untuk melayani kita tp berapa ramai yg boleh buat? sedikit sahaja bilangannya.

Akhir kata jagalah hati teman tetapi jgn lupa jaga hati sendiri agar tidak melukai diri.

p/s : entry agak pelik dan kurang difahami. abaikan. senyum sokmo (^_^)

0 comments: