perjalanan seorang hamba
4
Assalamualaikum w.b.t
Entry kali ini ingin menceritakan perjalanan dan pengalaman ke tanah suci.
Tatkala entry waiting for the call bertarikh 16/10/2012 menceritakan sebuah lagu mengenai panggilan ke tanah suci, pada tanggal 31/01/2013 aku dipelawa oleh nenek untuk menemaninya ke tanah suci. Setelah berbincang dgn ayah dan mak, mereka membenarkan aku pergi dan aku berangkat ke sana pada 18/02/2013. Berbekalkan semangat dan sedikit duit Alhamdulillah selamat sampai dan dapat beribadah dgn sempurna walaupun demam selama sehari di mekah.
Perjalanan bermula dari terengganu-klia-colombo-jeddah-mekah; masjidil haram, tawaf, maqam ibrahim, saie dari safa ke marwah, hijr ismail, multazam, hajar aswad-jabal thur-jabal rahmah-padang arafah-muzdalifah-mina-jabal nur-masjid ja'ranah-taif-kilang kelambu kaabah-ladang unta-masjid hudaibiyah-masjid taneem-madinah; masjid nabawi, makam rasulullah saw, makam saidina abu bakar, makam saidina umar, raudhah-pasar kurma-masjid abu bakar-masjid quba'-ladang kurma-jabal uhud-masjid qiblatain-masjid tujuh-perkuburan baqi'-jeddah-colombo-klia-terengganu.
Mengambil masa keseluruhan selama 20 hari 18 malam.
Banyak kenangan manis terutama bersama pok mang iaitu seorang pakcik yg selalu bersama dgn aku. Di mekah dan madinah selalu bersama.
Rindu tanah suci. Rindu masjidil haram. Rindu nk lihat kaabah. Rindu masjid nabawi. Rindu nk beri salam kpd rasulullah saw. Rindu nk sembahyang dlm raudhah
Aku seorang yg suka melancong tapi tak akan pergi ke mana mana negara sebelum ke tanah suci kerana pernah dengar ada ustaz cakap kalau ada duit lebih baik pergi ke tanah suci dulu sebelum melancong ke negara lain. Syukur teramat sangat dapat sampai di tanah suci dan beribadat di sana.
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya :
"Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Dalam hadis lain ada menyebut kelebihan ketiga tiga buah masjid ini :
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
Kemudian diterangkan dalam hadis yang lain yang bermaksud :
Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
"Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Mengenai kelebihan Masjiil Aqsa ada hadis lain yg bermaksud :
"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."
Semoga dapat sampai ke sana lagi pada masa akan datang bersama mak, ayah, akak, achik, aliff dan alia. InsyaAllah.
p/s : gambar akan dimuat naik kemudian hari
amir, :')
ReplyDeleteseronok weh buleh gi makkah
alhamdulillah rezeki deme :)
ReplyDeletedoakan biar ambe bleh sapa jgk :)
amin : alhamdulillah. nxt time abe amin plak. aamiin
ReplyDeleteammar : ambe doa dh supaya kwn2 boleh pergi sana. aamiin
alhamdulillah.. semoga ambe pun berpeluang sampai rumah Allah.. amin ya Rabb :')
ReplyDelete