tak cukup umur

0
Monday, May 06, 2013
Assalamualaikum w.b.t

Sebelum melanjutkan penulisan untuk entry ini maafkan saya kerana isu kali ini kemungkinan ramai yg tidak suka. Isu politik. bhahahaha

"Kau tak cukup umur tak pyh nk politik sangat lah" *bicara ayam dan itik di reban


Uhm,,statement di atas boleh disangkal kerana bagi aku bkn semestinya umur kita layak untuk mengundi baru kita boleh berjinak jinak dgn politik. Mengikuti dan menilai drpd awal adalah langkah bagus untuk membuat pilihan pada masa akan datang. Jangan jadi katak di bwah tempurung ok.

Kalau dulu penggunaan internet di negara kita belum meluas so bdk-bdk tak berpolitik sangat tapi skang penggunaan internet berleluasa so dlm masa yg sama pengetahuan dlm bidang politik pun meningkat. Jadi di sini tak hairanlah kalau bdk sekolah menengah pun dh berbicara soal politik walaupun kdg2 meluat. hihi. Puluhan tahun akan datang perkara ini tdk akan mnjadi pelik jikalau bdk drjh 1 dh berbicara soal politik. Kemong sahabat2 sekalian. Buka minda anda. Korang jgk bg anak-anak ipad bagai. Kekoh hidung kang.

Berbalik kepada pru 13 yg baru melabuhkan tirai tak smpai lg 24 jam. Bagi aku ada suka dan duka. Sama mcm semua org. Bkn semua org hanya suka dan bkn juga semua yg duka sahaja. 

Uhm,,semalam heboh psl blackout, bbrp hari sebelum tu heboh mat bangla pengundi hantu, ada jgk kes dakwat tanggal. Aku tak tahu sejauh mana kesahihan berita ini. Aku tak percaya sangat kalau tidak betul2 sahih kerana akan menjadi fitnah. Dengar jer lah. Jika berita ini benar, ada sedikit kekesalan dan jika berita ini salah pun ada kekesalan jgk. Sebagai rakyat malaysia kita nak sesuatu yg adil dan telus dan bkn fitnah.

Bagi yg kurang suka dgn PAS, aku sarankan jgn hina alim ulama' dan tok2 guru. Ilmu mereka jauh mendahului kita. Pnah dgr ksh syeikhul azhar? Msti tak an. Kalau pnah dgr baguslah. Bagi yg tidak menyenangi PKR, jgn kutuk pemimpin mereka terutamanya ketua umum. Semenjak dua menjak nie asyik berbangkit isu liwat. Setahu aku mahkamah dh memutuskan beliau tdk bsalah. Kita tak tahu sejauh mana kebenaran tu tp kita jgk tak boleh menuduh beliau meliwat sebab kita tak tgk dgn mata kasar. Menurut perundangan Islam sekalipun, kena ada 4 saksi yg adil yg melihat dgn mata sendiri batang celak masuk dlm botol celak baru boleh disabitkan kesalahan. Bagi yg tak suka dgn UMNO, jgnlah kutuk pimpinan mereka. Bukan semua yg teruk. Samalah dgn PAS dan PKR. Bukan semua baik baik dan telus. 

Kalau terlalu benci mohon kritik dgn rasional bukan dgn emosi atau nafsu. Kritikan tidak sama dgn kutukan. Kritik juga harus berdasarkan fakta bukan auta.

Ada pihak yg nakkan melayu bersatu padu. UMNO bergabung dgn PAS. Aku tak boleh nk komen yg ini sebab tak cukup ilmu. Pembacaan itu ada tp tak bnyk lg. Hang baca sejarah dulu2 hang tahu la. Bkn bermakna aku tanak melayu bersatu ok. Aku nak! melayu bersatu dan ISLAM tertegak. wink wink

Ada satu lagi perkara yg aku kurang senang. Ada pihak yg berkata daerah aku, tmpt aku tak akan maju sebab wakil rakyat di situ pembangkang. Kemong lah sahabat. Anda melihat kemajuan di sesebuah tmpt pesat kerana banyak bangunan yg didirikan ek? Tak tengok keseluruhan sesebuah pentadbiran an. Tengok defisit? Tengok jumlah dana yg disimpan? Hmmmm, realiti hari ini adalah jika kau jadi wakil rakyat dan kau adalah drpd parti pembangkang kau ssh nk dpt dana. Aku bkn auta tp aku dgr pnjelasan drpd wakil rakyat tmpt aku. Mohon kwn2 berfikir dahulu sblum mengutarakan pendapat.

Mohon sahabat2 tidak bersengketa dgn saya disebabkan berbeza pandangan dlm hal politik. Jgn biarkan kepartian mengalahkan persahabatan. Sebagaimana saya tidak mengutuk anda dan saya harapkan anda jgk tidak mengutuk saya. Kalau ssh kita cari kwn jgk an. Tade nye time nk mtk tolong tanya dulu sokong parti apa. Aku bunuh terus kalau ada pihak sebegitu.

Setakat ini sahaja penulisan saya. Akhir kalam saya harapkan kerajaan yg akan mentadbir pada penggal ini akan telus. Kurangkan perkara negatif dan banyakkan positif.

Kepada yg kalah berjuang jgn putus harapan. Kepada yg menang jgn lupa daratan. #inikalilah bertukar #lainkalilah

Sekian. Senyum Sokmo (^_^)

p/s : mohon tegur jika ada kesalahan. jgn benci saya. sobs sobs sobs

0 comments: