hikmah
0
Sebenarnya aku tak layak nak tulis tazkirah atau nasihat. Aku tak punya ilmu yang cukup tapi sekadar pesanan untuk diri sendiri tu bolehlah.
Dalam kehidupan kita akan lalui ujian dan dugaan. Orang yang diuji akan jadi lebih kuat atau terus jatuh. Apa yang membezakan kita ialah macam mana kita hadapi ujian itu. Sebagai manusia kita kena kuat. Aku tak nafikan kita akan lalui fasa kejatuhan teruk sekiranya ujian tu agak berat.
Aku pernah lalui semua ini. Ujian dalam pelajaran dan juga ujian dalam hubungan (dibaca dengan percintaan). haha
Keluar masuk universiti. Gagal itu ini. Walaupun aku rasa down dan aku macam tertaya-tanya kenapa Allah uji aku? Kenapa aku? Mula-mula aku tak dapat jawapan tapi lama kelamaan aku tahu memang ada hikmah. Besar sangat hikmah yang Allah bagi kt aku. Alhamdulillah
Percintaan? Aku tak pernah berjaya. Percintaan terakhir aku letakkan semua usaha dan apa jua yang boleh menjaga hubungan untuk kekalkan tapi tetap tak bertahan. Aku memang down sangat-sangat. Aku sayang gila dia. Sampai sekarang aku masih tak betul-betul move on. Aku masih mencari kenapa Allah uji aku lagi tapi buat masa sekarang belum dapat jumpa hikmah. Aku berharap aku akan jumpa sebab aku tahu Allah tak akan uji hambaNya kalau mereka tak mampu.
So, apa pun ujian yang melanda. Letakkan kepercayaan kepada Allah dan positif. Allah lebih arif tentang apa yang Dia lakukan. Kita cuma hamba. Berbalik lah kepada Sang Pencipta
Senyum sokmo. xoxo
0 comments: